Lokasi Memancing Yang Memang Adeil Bagi Saya Adalah Pulau kendi
Salam damai saudara sekalian, selamat datang ke blog ini, dan semoga mendapat apa yang di cari.
Saya sekadar penulis blog yang biasa-biasa, tapi saya juga ada hobi sendiri, oleh itu saya ingin utuk kongsikan bersama salah satu lokasi memancing yang saudara tidak akan balik dengan tangan kosong. Banyak atau sikit hasil yang anda dapat, terpulang kepada setakat mana kerajinan anda memancing. Kerana mendapat hasil pancingan yang memberangsangkan, memerlukan kerajinan dan kesabaran...
Salah satu lokasi memancing yang memang adel bagi saya, adalah Pulau Kendi, yang terletak berhampiran pingiran laut di pulau pinang, sebelah balik pulau. Perjalanan dari balik pulau ke pulau kendi hanya dalam 20minit menaiki bot sewa. manakala sewa bot, hanya rm25.00 seorang, pergi dan balik.
Para penyewa bot juga akan menghantar pemancing mengikut kehendak kita. masa juga tidak terhad. Anda boleh memancing berapa jam yang anda suka. Tetapi di ingatkan, penghantar bot hanya menghantar kemudian dia akan balik. Hanya setelah masa yang anda tetapkan sampai, barulah penghantar bot itu akan datang semula bagi membawa anda pulang. Jadi beberapa keperluan harus lah di bawa. Contohnya, pastikan telifon anda cukup cas, untuk menghubungi jika ada apa-apa yang berlaku, makanan dan minuman, pemetik api, parang, pencegah gigitan-gigitan serangga, dan banyak lagi.
Ada ramai pemancing yang katakan, balik tangan kosong, memancing di Pulau Kendi, Tetapi merika sebenarnya tdk tahu caranya. Pertam, pemancingan, mata kail anda tidak perlu di buang jauh ke dasar laut, cukup di tepi-tepi batu sahaja. kerana kerapu atau jenahak tertumpu kepada bahagian yang berbatu...
Dan umpan pula, mestilah udang atau ikan kembung yang masih baru. Kalau nakkan Yang besar-besar, atau mahukan ikan lain, yang suka di petengahan paras air laut, gunalah udang hidup atau anak belanak yang hidup.
Lihat sahaja ikan yang saya dapat.. cukup untuk merangsang semangat memancing...
Tapi ingin saya beritahu, tentang waktu ikan makan umpan. Air pasang di waktu pagi, dan air pasang di waktu petang.. waktu inilah ikan mencari makanan. Waktu lain bukan tidak memakan umpan tetapi kurang.
Peralatan pancing juga kena bawa banyak untuk alat ganti, seperti batu pancing, mata kail. Kerana di pulau kendi memang banyak batu-batu di dasar laut. Jadi mata kail akan tersangkut selalu.
jika hobi saudara adalah memancing, pergilah ke pulau kendi dan cubalah labuhkan mata kail saudara untuk kepuasan sejagat.
Selamat mencoba.


terima kasih atas info
BalasPadamsalam
BalasPadamboleh bagi no fone tekong yg bawa pergi sna tak
and nak naik bot kat mne