Satu Cara Untuk Menjala Udang
Anda Akan Dapat Hasil Banyak Dengan
Memberangsangkan Semangat Menjala, Anda
Saya tidaklah begitu berpengalaman sangat dalam hal ini.
Akan tetapi saya ada sedikit petua yang ingin saya kongsikan bersama saudara yang kaki jala Udang.
Salam saudara sekalian... saya percaya hobi saudara adalah menjala, udang atau ikan.
Sya juga selalu menjala udang atau ikan, jika ada masa yang terluang.. Dan tempat yang selalu saya pergi, ialah sungai nibong tebal belah-belah parit buntar, dan di batu kawan butterworth pulau pinang. Dan pernah sekali sy pergi menjala di nibong tebal, hasil kami tidaklah begitu mengeciwakan.
Kerana Lampam jawa dapat dalam 6kilo. manakala Udang gala matang, dalam 6ekor. Bahkan saudara, saya juga dapat 2ekor ikan ubi, separuh matang..
Nak tahu petua nya? senang sahaja, saudara hanya perlukan Kelapa tua yang dah di parut, dan belacan. saudara hancurkan belacan kemudian gaul kan bersama kelapa parut tadi sehingga sebati..
Bau nya saudara emmm... memang menyelirakan para penghuni di dalam sungai... kemudian saudara ambil tanah liat dan ketulkan, seberapa banyak. (tapi saya selalunya hanya guna 4 atau 5 ketul sahaja.) Dan saiz ketulan tanah liat tak perlu besar sangat. Cukup sebesar genggaman saudara.
Kemudian lekatkan gaulan kelapa tadi, di seluruh permukaan tanah liat,.
Ok. caranya, saudara cari lah lokasi hendak melabuhkan jala saudara. dan buang kan satu ketulan tanah liat yang di letakkan kelapa tadi. Tunggu dalam masa lebih kurang 15mnt, baru lah saudra menjalanya ditempat yang saudara buangkan tanah liat tersebut. Dalam seketul tanah liat itu tadi, saudra boleh mejala beberapa kali, sebelum pergi ke tempat lain untuk membuang kan lagi tanah liat... dan begitulah sehingga saudra berhenti menjala...
Kelapa yang di campur gaulkan dengan belacan itu, adalah bertindak sebagai umpan. Dan setiap yang menghidu bau umpan itu pasti akan datang disitu. jadi tak perlulah saudara ke hulu ke hilir.
kenapa perlukan tanah liat, untuk supaya umpan saudara tidak di bawa arus, dan tetap di situ. Jadi udang atau ikan yang hendakkan umpan itu, tetap terkumpul di situ...
Kebaikannya tentang cara ini, bukan sahaja boleh di guna pakai di sungai, tetapi menjala udang di persisiran laut juga boleh. Cara ini boleh di gunakan dengan kedalaman air, setinggi 6kaki ke 7kaki.
Ini adalah pengalaman saya sendiri, dan adie sendiri...
Tapi di ingatkan juga, reziki adalah pemberian dari Tuhan pencipta langit dan bumi...
Jika sungai itu memang ada ikan atau sebagainya, tetap takan pulang dengan tangan kosong...
So selamat mencuba..
Khusus yang berhampiran dengan butterworth dan pulau pinang,
sungai nibong tebal butterworth lokasi yang banyak udang dan lampam jawa
Songlin Odonglin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan