Khamis, 25 Ogos 2011

Lokasi memancing, menjala atau memukat.

Salam sejahtera buat semua pembaca.
Ini ada 1 lagi lokasi memancing menjala atau pasang pukat. Malahan, anda juga boleh memasang jaring ketam. Kerana ketam juga tidak ketinggalan di lokasi yang hendak saya perkenalkan pada saudara pembaca sekalian. Lokasi ini saya temukan sebulan yang lepas, Yang bertempat di Batu Kawan 
Butterworth.

Siakap, Ikan Merah, Talapia Dan Udang ada di lokasi ini. Malahan Ketam pun ada.

Bagi saudara yang berdekatan di butterworth pulau pinang, pastinya tahu akan tempat yang saya maksudkan ini.
Batu kawan, masuk plaza tol ke tambun, Roun about, sebelah kanan. jln terus melepasi plaza tol tambun keluar haigwer, lampu isarat, ke keri. jalan terus melepasi stedium batu kawan, sedikit melepasi perumahan baru sebelah kanan. bila anda berada di tempat yang sya maksudkan, maka anda sudah sampai di lokasi memancing, menjala atau memukat.

Ianya sungai itu lah yang saya maksudkan. Jika tengok keadaannya, memang tidak serupa apa yang saya katakan,. Tapi jika anda memasang jaring menutupi trowong sungai melintasi jalan itu, waktu air pasang, bermacam-macam ikan yang akan anda dapat. saya sendiri tidak yakin tempat itu ada ikan, tetapi suatu hari saya mengajak rakan-rakan hendak memancing, ada 1 keluaga sedang pasang pukat menutupi trowong tersebut, dan kami melihat, hasil tangkapan merika, sangat 
mengujakan, dua tong ais separuh besar telah penuh dengan bermacam-macam ikan. Ikan merah, talapia, siakap dan ketam pun ada.

So kami pun teruskan tujuan kami dengan begitu bersemangat.
Tapi malang sekali kami membawa umpan yang salah. Jadi hanya dapat ikan dalam sekilo. 
Mujurlah, kawan saya tu ada membawa jala, yang panjangnya 8kaki sahaja.
Apa lagi kami pun cuba menjala, dan hasilnya, dalam 10kilo. Cuma sekadar ikan talapia sahaja, sebab kami terlambat datang, orang lain dah boking tempat yang lebih baik.

Tapi tdk mengapa. kali ini terlambat lain kali lah...
Kedua kali kami pergi, anda tau kami dapat berapa ikan..? ini bukan nak lebih-lebih, tapi memang betul punya... tara tipu punya lah kwan.. Penuh 1 tong, dan anggaran kami, dalam 30kilo. Apa ikan?
Itu lah kebaikan di batu kawan, ikan bercampur. mcam-macam ada.
Air sungai ini sebenarnya, bercampur masin dengan tawar. Sebab itulah ada ikan talapia.
Dan tempat yang paling banyak talapia sungai-sungai di kawasan kelapa sawit.
Yang keduakali juga kami dapat 3ekor udang galah, sebesar tangan orang dewasa, hasil usaha semangat menjala oleh rakan saya yang memang minat giler menjala...

Dan tanggal 31hbln ogos ni, sekali lagi kami akan kesana... 
Jadi anda bagaimana...? di sana tdk perlu perlengkapan yang banya. cukup dengan membawa bekal, air, tikar mengkuang dan kelengkapan memasak dan memanggang, jika hendak.
Tempat ini juga memang selalu ada ramai pengunjungnya... hari-hari ada ke tdk, itu saya tak pastilah, tapi tiap kali kami pergi, pasti ada sahaja pengunjung yang lain.


Hidup Joran...!!!!
Hidup Joran...!!!!
Hidup Joran...!!!!
Buat semua pemancing-pemancing senegara

                                                                 Songlin Odonglin

Ahad, 21 Ogos 2011

Satu Cara Untuk Menjala Udang 
Anda Akan Dapat Hasil Banyak Dengan 
Memberangsangkan Semangat Menjala, Anda

Saya tidaklah begitu berpengalaman sangat dalam hal ini.
Akan tetapi saya ada sedikit petua yang ingin saya kongsikan bersama saudara yang kaki jala Udang.

Salam saudara sekalian... saya percaya hobi saudara adalah menjala, udang atau ikan.
Sya juga selalu menjala udang atau ikan, jika ada masa yang terluang.. Dan tempat yang selalu saya pergi, ialah sungai nibong tebal belah-belah parit buntar, dan di batu kawan butterworth pulau pinang. Dan pernah sekali sy pergi menjala di nibong tebal, hasil kami tidaklah begitu mengeciwakan.
Kerana Lampam jawa dapat dalam 6kilo. manakala Udang gala matang, dalam 6ekor. Bahkan saudara, saya juga dapat 2ekor ikan ubi, separuh matang..

Nak tahu petua nya? senang sahaja, saudara hanya perlukan Kelapa tua yang dah di parut, dan belacan. saudara hancurkan belacan kemudian gaul kan bersama kelapa parut tadi sehingga sebati..
Bau nya saudara emmm... memang menyelirakan para penghuni di dalam sungai... kemudian saudara ambil tanah liat dan ketulkan, seberapa banyak. (tapi saya selalunya hanya guna 4 atau 5 ketul sahaja.) Dan saiz ketulan tanah liat tak perlu besar sangat. Cukup sebesar genggaman saudara.
Kemudian lekatkan gaulan kelapa tadi, di seluruh permukaan tanah liat,.

Ok. caranya, saudara cari lah lokasi hendak melabuhkan jala saudara. dan buang kan satu ketulan tanah liat yang di letakkan kelapa tadi. Tunggu dalam masa lebih kurang 15mnt, baru lah saudra menjalanya ditempat yang saudara buangkan tanah liat tersebut. Dalam seketul tanah liat itu tadi, saudra boleh mejala beberapa kali, sebelum pergi ke tempat lain untuk membuang kan lagi tanah liat... dan begitulah sehingga saudra berhenti menjala...

Kelapa yang di campur gaulkan dengan belacan itu, adalah bertindak sebagai umpan. Dan setiap yang menghidu bau umpan itu pasti akan datang disitu. jadi tak perlulah saudara ke hulu ke hilir.
kenapa perlukan tanah liat, untuk supaya umpan saudara tidak di bawa arus, dan tetap di situ. Jadi udang atau ikan yang hendakkan umpan itu, tetap terkumpul di situ...

Kebaikannya tentang cara ini, bukan sahaja boleh di guna pakai di sungai, tetapi menjala udang di persisiran laut juga boleh. Cara ini boleh di gunakan dengan kedalaman air, setinggi 6kaki ke 7kaki.
Ini adalah pengalaman saya sendiri, dan adie sendiri...
Tapi di ingatkan juga, reziki adalah pemberian dari Tuhan pencipta langit dan bumi...
Jika sungai itu memang ada ikan atau sebagainya, tetap takan pulang dengan tangan kosong...
So selamat mencuba..

Khusus yang berhampiran dengan butterworth dan pulau pinang, 
sungai nibong tebal butterworth lokasi yang banyak udang dan lampam jawa

                                                                          Songlin Odonglin

Sabtu, 20 Ogos 2011

Lokasi Memancing

Lokasi Memancing Yang Memang Adeil Bagi Saya Adalah Pulau kendi

          Salam damai saudara sekalian, selamat datang ke blog ini, dan semoga mendapat apa yang di cari.
Saya sekadar penulis blog yang biasa-biasa, tapi saya juga ada hobi sendiri, oleh itu saya ingin utuk kongsikan bersama salah satu lokasi memancing yang saudara tidak akan balik dengan tangan kosong. Banyak atau sikit hasil yang anda dapat, terpulang kepada setakat mana kerajinan anda memancing. Kerana mendapat hasil pancingan yang memberangsangkan, memerlukan kerajinan dan kesabaran...

           Salah satu lokasi memancing yang memang adel bagi saya, adalah Pulau Kendi, yang terletak berhampiran pingiran laut di pulau pinang, sebelah balik pulau. Perjalanan dari balik pulau ke pulau kendi hanya dalam 20minit menaiki bot sewa. manakala sewa bot, hanya rm25.00 seorang, pergi dan balik.
Para penyewa bot juga akan menghantar pemancing mengikut kehendak kita. masa juga tidak terhad. Anda boleh memancing berapa jam yang anda suka. Tetapi di ingatkan, penghantar bot hanya menghantar kemudian dia akan balik. Hanya setelah masa yang anda tetapkan sampai, barulah penghantar bot itu akan datang semula bagi membawa anda pulang. Jadi beberapa keperluan harus lah di bawa. Contohnya, pastikan telifon anda cukup cas, untuk menghubungi jika ada apa-apa yang berlaku, makanan dan minuman, pemetik api, parang, pencegah gigitan-gigitan serangga, dan banyak lagi.

            Ada ramai pemancing yang katakan, balik tangan kosong, memancing di Pulau Kendi, Tetapi merika sebenarnya tdk tahu caranya. Pertam, pemancingan, mata kail anda tidak perlu di buang jauh ke dasar laut, cukup di tepi-tepi batu sahaja. kerana kerapu atau jenahak tertumpu kepada bahagian yang berbatu... 
Dan umpan pula, mestilah udang atau ikan kembung yang masih baru. Kalau nakkan Yang besar-besar, atau mahukan ikan lain, yang suka di petengahan paras air laut, gunalah udang hidup atau anak belanak yang hidup.

            Lihat sahaja ikan yang saya dapat.. cukup untuk merangsang semangat memancing...
Tapi ingin saya beritahu, tentang waktu ikan makan umpan. Air pasang di waktu pagi, dan air pasang di waktu petang.. waktu inilah ikan mencari makanan. Waktu lain bukan tidak memakan umpan tetapi kurang.

Peralatan pancing juga kena bawa banyak untuk alat ganti, seperti batu pancing, mata kail. Kerana di pulau kendi memang banyak batu-batu di dasar laut. Jadi mata kail akan tersangkut selalu. 

jika hobi saudara adalah memancing, pergilah ke pulau kendi dan cubalah labuhkan mata kail saudara untuk kepuasan sejagat.
Selamat mencoba.